Saturday, January 4, 2014

Ziarah Abdullah 2



Bismillahirrahmanrrahim…    

Sabtu 4/1/2014
Alhamdulillah..Allah sekali lagi beri peluang untuk duduk bersama sahabat-sahabatku yang tercinta..terutamanya Abdullah yang sudah aku anggap adik beradikku sendiri.. (^_^).

Seperti mana yang kami sepakat berjanji, aku mesti menziarahinya semula selepas hari khamis yang lalu aku meminta diri.Hari sabtu sebenarnya Abdullah ada exam sebab tu la aku mahu pulang walaupun dia beria-ia mengatakan itu tidak menjadi masaalah.

Petang sabtu Abdullah call aku.Lepas maghrib tunggu di banzin (stesyen minyak).ok..Akhirnya mereka sampai di Awal Abbas..kesiannya..rupanya direct dari imtihan terus singgah nak ambil aku..ahmad dan Muhammad pun ada..kami naik bas mini ke awal syare’..macam biasalah..tambang satu sen pun aku tidak keluar..Abdullah akan bayar segala-galanya..aku malas dah nak bertengkar..bayar ja lah..aib bagi orang arab bila kita jadi tetamunya dan kita mengeluarkan duit walau untuk tambang.

Mabna Ali Ibnu Abi Thalib

Puas berborak dengan kawan-kawan Abdullah di Mabna Ali.Aku mula rasa keletihan.asyik ditembak dengan pelbagai soalan..mereka kagum dengan Malaysia dan asyik mengutuk perbuatan keji cc .. heheh


Mabna Abu Ubaidah


Malam ni kami tidur di Mabna Abu Ubaidah..bangunan dia memang cantik, asrama macam hotel.Bangunan ni hanya untuk penempatan bagi pelajar-pelajar yang cemerlang.


Kami stay bilik no.516 tingkat 4

Esok Abdullah janji nak bawa aku jalan-jalan kat Fustat Old Cairo.Aku on jak.. (^_^).



Nak tahu lebih lanjut..buka di sini.. ^^ 

No comments:

Post a Comment