Friday, December 17, 2010

MUHARRAM + 10 ASYURA = HARI LAHIRKU ;P



Rasanya hari ni adalah hari terbaik untuk aku memulakan penulisan dan perkongsian di dalam blogku ini lebih2 lagi kemarin adalah hari lahirku..so,ini pastinya memberikan aku satu inspirsi untuk membuat beberapa penambahan dan perubahan baru dalan hidupku.Agaknya menceburkan diri dalam blog ni juga boleh dikatakan satu penambahan baru dalam hidupku,aku fikir.






Emm…sebenarnya aku taklah terer mana nak buat benda ni.Kalau tidak semangat untuk berkongsi gambar dan pengalaman tak terdaya rasanya nah buat blog ni.Apapun kita mesti ada sikap fositif untuk mencuba apa sahaja di depan kita selagi tidak mendatangkan mudharatkan,betul tak!!.Setiap percubaan adalah pengalaman.heh






Sebenarnya aku nie mahu cakap pasal tajuk kat atas tu,ia kemarin ..aku sebenarnya cukup merasa selesa dengan meraikan ulangtahun kelahiranku dengan berbuka puasa bersama ahli bait kemarin,lepastu iftar jamaie kami juga ditemani sahabat karibku yang berbangsa arab,Abdul Aziz namanya…






Memang best…bukan best sebab dapat makan ikan bakar yang Aziz bawakan…tapi sebab hari lahirku jatuh pada hari yang rasulullah begitu mengambil barat berpuasa padanya.Sudah tentulah puasa asyura yang mana ganjarannya akan dihapuskan dosa setahun yang lalu..subhanallah.Maka aku dan sahabat2 berpuasa pada hari tersebut dan ku lengkapkan lagi sehingga hari ketiga termasuk hari ini 11 muharram 1432 hijrah bersamaan 17 dec 2010.





Aku berharap dan mencuba disetiap perkongsianku punya istifadah.Bukannya janji kerna aku juga baru mula melangkah…So pada sahabat2 ajari dan tegurilah aku..