Thursday, September 25, 2014

Mencari Jubah Arab, Kurta, Rida'/Ridak Dan Pakaian Muslimat Spt Tudung, Niqab Yaman..dll

Bismillah...
Tajuk kat atas tuu..Kalau ini yang anda cari..usah risau..sy akan bagi anda link terbaik bakal menyelesaikan masaalah anda..

Akupun lama dah tak post kat sinikan..al-maklum...cabaran berniaga di luar sana..apapun tak nak ckap pasal diriku banyak sangat..sbb ada page produk islamik baru & best nak share kat korang..

Trutamanya pada peminat pakaian islamik yang still nak bergaya dan brsahaja..
Kalau lelaki nampak segak wanita pulak nmpak lebih anggun..hehe

#1
Cak korang tengok kurta yang Aeril Zafrel pakai ni..pergh..macho wehh..mnurut kata adik pmpuan ku laa..emm..blum tengok kalo aku pakai..hahaha

Buka link sini.. Hadaiq As-Sunnah Collection
Hadaiq As-Sunnah Collection Centre

Kurta ni korang boleh dapatkan dari FB "Hadaiq As-Sunnah Collection Centre"
Kurta macam nie tak banyak..korang kena cpat ...

Memang bargayelah pakai kurta camni..Raya hajipun tak lama lg.Biar simple tapi segak la kan...haha..snyum je bila pakai..rasa ensem huhuhu...

Mungkin kalau gmbar takde kat page tu..pm je minta tunjuk smua jenis kurta yang ada..jgn risau,korang akan di layan oleh admin page trbaik punye..



#2
Ok nie plak untuk mislimat yang sll meghadapi masaalah dari kelengkapan pakaian yg mnutup aurat dgn smpurna..So kalo nak sarung tangan/, pelapik dagu, sehinggalah ke Niqab Yaman, tudung labuh dan syawl korang boleh singgah link nie

Nurr khadijah collection


Testimoni....
Testimoni pelanggan



































Kat atas ni Niqab
Juga ada Syawl moden tapi tetap labuh dan terjaga...memang satu penyelesaian bagi yg masih ingin tampil cantik dan menurut syariat...

Page nie dah ada 11,436 likes shingga hari ini..kualiti jahitan tanya orang dah beli..smua kata terbaik..hehe..

Ok lah..skadar ini shja perkongsian...ada rezeki..kita share lagi ye.. ^_^

Like page nie dan bagi tahu kawan anda
~Hadaiq As-Sunnah Collection
https://www.facebook.com/pages/Hadaiq-As-Sunnah-Collection-Centre/281382318727377?ref=hl
Dan page nie
~https://www.facebook.com/nurrkhadijahcollection?fref=ts

Sunday, January 5, 2014

Ziarah Abdullah 3* Natafassah



Bismillahirrahmanirrahim

 Alhamdulillah…Pagi yang indah di Madinah Jamiyah Kaherah..Lepas solat subuh kami serapan..huhu..Abdulah dah terbiasa camni, tapi bukanlah serapan yang berat macam kita di Malaysia..Abdullah menyelongkar kotak makanannya..






Tahu apa serapan kami..?ok..ok..saya bagi tahu..Yogart dan madu..emm..sihat kau Abdullah..hehe..sedap lagi berkhasiat serapan dia.


Madu paket.
# Yogart tak sempat gambar dah habis..huhu

Lepas tu kami memperdegarkan bacaan Al-Quraan bersama…siap rakam lagi tu..huhu..Masyaallah ..Abdullah meminati Syeik Qattomi dan bacaannya pun sedap.Respect dengan Abdullah, dia ni pelajar Fakulti  Bisnes tapi hafal 30 juz Al-Quraan.




Dah kepenatan dan selesai solat duha kami berehat..rancang lepas zohor nak jalan-jalan..
Ini gambar di asrama Abu Ubaidah .


                      --------------------------------------------------------------------------------

Jom keluar
Asalnya mahu jalan selepas zohor akhirnya bergerak selepas  asar.
Kami bergerak 7 orang semuanya..lucu Abdullah ni..dah naik bas time tu baru nak bincang pergi mana..akhirnya kami redah jak la..Fustat target pertama..oleh kerana kami bergerak lewat banyak tempat-tempat yang menarik tutup ketika ini.Abdullah kata takpa..kita kena juga jalan-jalan hari ni..kawan-kawan lain kata esok jak lah…tapi Abdullah berkeras sebab dia dah janji  ngan aku..(^^,).
Kami seterusnya menaiki metro..
Sampai daerah bernama Hadaiq Qubbah..


حبيبي عبد الله

Kawan Abdullah namanya Abdur razzaq


Tahukah??

Natafassah = Bersiar-siar

Madu = Nahla

Fustat = Adalah penempatan atau bandar utama suatu ketika dahulu dan sekarang juga dikenali sebagai Old Cairo


Bahagian awal di sini..jom singgah..





Saturday, January 4, 2014

Akhlaq Masriyin

Bismillahirrahmanirrahim

Inginku kongsikan hari ini perkara yang menyentuh aku..membawaku berfikir..

Tadi aku naik bas besar bersama kawan arabku Abdullah..2 kerusi paling depan kosong lantas sahabatku ini mengarahkan aku duduk dan dalam masa yang sama seorang makcik tua menaiki bas..Jadi Abdullah memberikan tempatnya kepada makcik tersebut.


Di hadapan asrama Abdullah


Tapi bukan kebaikan Abdullah yang aku mahu ceritakan.Semuanya bermula apabila kondaktor bas datang memungut duit dari macik tu..lantas macik tu mengangkat tangan memberi isyarat yang dia tiada duit..
Aku rasa kagum dengan kondaktor tu..tampa banyak soal terus dia ke pintu bas..
Langsung dia tidak persoalkan soalan yang mungkin ada dalam pemikiran kita.."kenapa naik kalau tiada duit.." atau "turun..turun..awak tak bayar" tapi dia senyap dan mula melaung "taba2..Taba2..!!" (Nama tempat bagi pasar malam di mesir).

Dalam otak pemikiranku "hebatnya Akhlaq orang arab"
Apa yang aku ceritakan baru satu dari berjuta kebaikan yang mereka lakukan betul-betul depan dua biji mata aku..

Semoga Allah menjadikan akhlaq mereka yang baik dapat kita ikuti kerana sumbernya sudah pasti bahawa akhlaq yang indah itu adalah dari ajaran Rasul kita yang tercinta..

(Dan tiadalah aku diutuskan kecuali untuk menyempurnakan AKHLAQ yang mulia..)

Ya Allah cantikkanlah Akhlaq kami..

Salam dari bumi sejuta menara  ^_^

Ziarah Abdullah 2



Bismillahirrahmanrrahim…    

Sabtu 4/1/2014
Alhamdulillah..Allah sekali lagi beri peluang untuk duduk bersama sahabat-sahabatku yang tercinta..terutamanya Abdullah yang sudah aku anggap adik beradikku sendiri.. (^_^).

Seperti mana yang kami sepakat berjanji, aku mesti menziarahinya semula selepas hari khamis yang lalu aku meminta diri.Hari sabtu sebenarnya Abdullah ada exam sebab tu la aku mahu pulang walaupun dia beria-ia mengatakan itu tidak menjadi masaalah.

Petang sabtu Abdullah call aku.Lepas maghrib tunggu di banzin (stesyen minyak).ok..Akhirnya mereka sampai di Awal Abbas..kesiannya..rupanya direct dari imtihan terus singgah nak ambil aku..ahmad dan Muhammad pun ada..kami naik bas mini ke awal syare’..macam biasalah..tambang satu sen pun aku tidak keluar..Abdullah akan bayar segala-galanya..aku malas dah nak bertengkar..bayar ja lah..aib bagi orang arab bila kita jadi tetamunya dan kita mengeluarkan duit walau untuk tambang.

Mabna Ali Ibnu Abi Thalib

Puas berborak dengan kawan-kawan Abdullah di Mabna Ali.Aku mula rasa keletihan.asyik ditembak dengan pelbagai soalan..mereka kagum dengan Malaysia dan asyik mengutuk perbuatan keji cc .. heheh


Mabna Abu Ubaidah


Malam ni kami tidur di Mabna Abu Ubaidah..bangunan dia memang cantik, asrama macam hotel.Bangunan ni hanya untuk penempatan bagi pelajar-pelajar yang cemerlang.


Kami stay bilik no.516 tingkat 4

Esok Abdullah janji nak bawa aku jalan-jalan kat Fustat Old Cairo.Aku on jak.. (^_^).



Nak tahu lebih lanjut..buka di sini.. ^^