Wednesday, October 2, 2013

Hari Pertama..Menjadi Pengawas Peperiksaan PMR..




Add caption





Bismillahirrahmanirrahim...


Terus terang...masih keliru mau letak tajuk apa
samada - Kembali ke sekolah lama setelah 6 tahun atau
              - Jejak kasih bersama guru2ku yang tercinta
              - Gembira menjaga budak pmr yang sebenarnya bekas anak muridku masa sekolah rendah (sewaktu mereka tahun 4 suis)   

hahaha...sebenarnya itu tidak lebih dari sekadar perasaan gembira hamba..^^..macam2 nak di luahkan.sampai nak pilih tajuk pun susah..Nikmat Allah..maka kita bergembiralah dengannya..

Ok lah..hanya sebuah perkongsian..Al-Kisah.. (^^)//

Ada perkara yang seronok sebenarnya hari nie..
Bila mau serapan dengan member baru guru merotai (Kami datang ke sekolah ni sebagai pengawas exam pmr)....ada ustazah2 lamaku sedang duduk di hujung meja, menikmati serapan pagi..

Dengan rasa malu2 ku tegur juga
"ustazah masih ingat saya.."^^.. aku terus melebarkan senyuman.
ustazahku mula bising.."eh..macam kenal.."
"firdaus??"
"Ya..^^"

owh..tekejut ustazahku..ia lah 6 tahun terpisah..ecece...tiba2 jejak kasih time budak exam..lucu..

siap diungkit..
"firdaus dulu ko pendiam (sambil ustazahku melakonkan semula gaya duduk pemaluku) sekarang berubah sudah..besar sudah, makin matang kau..!!"..ohh malunya..huhu

Merekalah ibu keduaku..tanpa mereka aku akan terus jahil..tenggelam lemas dalam malas merantai..

PART 2 plak..

Tak sangka betul budak2 pmr yang aku jaga nie.kebanyakannya anak murid aku semasa jadi ustaz di suis islamiah dulu..masa serapan datanglah salah seorang anak muridku menyapa dan mencium tangan..

Budak ni ketua kelas darjah 4c..kelas yang aku pegang masa sekolah rendah.Gila-gila sikit perangainya..tapi bagus sama kita..ialah ustaz dia kan

Seronok betul lihat anak didik kita yang dulu kecil2 comel jak..sekarang dah besar..handsome2 dan perempuannya cantik2 ...huhu..anak murid namanya..dah macam anak sendiri.. ^^


Mereka yang kita didik inilah bakal mencorak masa depan negara kita dimasa hadapan..
merekalah yang akan mengangkat islam..jika betul didikan gurunya..insyaallah..budak2 ni akan jadi oranglah dia dan bukan sebaliknya..(faham3 la)

Insyaallah esok paper seterusnya..,

Doakan mereka untuk pmr yang terbaik..dan doakan hamba juga tiada masaalah untuk bertugas mengawasi mereka esok, dimudahkan semua urusan..