Tuesday, November 20, 2012

Erti rezeki dari pengalaman

Bismillahhirrahmanirrahim,

         Alhamdulillah bersyukur kepada tuhan yang maha pemurah yang tidak pernah putus menurunkan nikmatnya kepada kita..

         Kali ini aku nak kongsi sedikit pengalaman yang baru sahaja terjadi lepas isya' tadi...Subhanallah,Allah tunjuk depan mata aku apa makna rezeki.Kita acap kali berkata menganai rezeki bahawa setiap dari kita telah ditetapkan rezekinya tetapi adakah kita benar meyakininya.Apa yang terjadi pada malam ini banyak membuka mata hatiku. 

gambar hiasan


        Semuanya bermula bila aku menahan sebuah bas mini ataupun yang kami panggil di Mesir dengan nama tremco untuk ke bandar.Tampak dari jauh, sebuah lagi bas yang lain turut mengekori pantas.

        Aku faham,dalam musim sejuk sekarang ini kurang orang yang hendak keluar malam,manakan tidak angin yang memukul badan seakan membantai terus ke dalam tulang.Jadi kebanyakan orang memilih untuk bersemayam dengan selimut tebal di rumah.



        Nak dijadikan kisah,persaingan amatlah tinggi ketika ini.Sebab itulah pada jangkaan aku mereka mesti berebut nak dapatkan penumpang walaupun seorang macam aku ketika ini.

        BUS-1 >     REZEKI bas pertama, aku naik basnya,segera bas ke-2 meluncur laju memotong bas yang sedang aku buka pintunya.Di hadapan terdapat perhentian bas yang tidak sempat aku jengah kerana kehadiran bas yang lalu tepat-tepat barada di hadapan rumahku.Ia,aku tinggal di kawasan perumahan dan rumahku berada di laluan utama.
  
Kemudian bas yang aku naik bergerak dan secara tiba-tiba terkedu disebabkan bas kedua tadi berhenti menurunkan penumpang.Tapi yang peliknya dia berada di tengah jalan.Pemandu bas yang aku naiki cuba hendak memotongnya tetapi gagal kerana terdapat kenderaan dari arah bertentangan.Akhirnya dia akur dengan redha..

         BUS-2 >     Aku mula perasan,seakan ada tanda persaingan kurang sihat dari bas ke-2,setelah menurunkan penumpang dan melambatkan kami di belakang dia terus beredar ke perhentian.Pada sangkaanku pasti semua yang berada di perhentian itu akan menjadi habuannya.Dalam masa yang sama juga datang lagi bus ke-3 ke perhentian tersebut.




      Maka aku lihat wajah pemandu bas aku seakan tidak endah dengan situasi perebutan ini dengan memandu agak tenang tampa ingin berhenti..tiba-tiba keluar seorang remaja dari celah-celah bas yang parking di situ, serta merta menahan kenderaannya sambil mengajak kawan lain yang sepatutnya menaiki bas ke-2.

     Ketika itu tidak ada perkara yang ingin aku tahu kecuali bagaimana riak wajah pemandu bas ke-2 itu tadi.Memang merah padam.Bas ini berhenti mengambil mereka kemudian meneruskan lagi perjalanan.



        Akhirnya  di hujung jalan dalam suasana suram gelap tidak bercahaya ada lagi penumpang menahan kenderaan saudara ini.Allah..Allah..REZEKI dia tidak putus-putus..
Kali ini bas ke-2 betul-betul panas dia cuba nak bertekak dengan pemandu tapi pemandu ini sedang berbual melalui telefon ketika sedang penumpang menaiki basnya.Akhirnya pemandu itu pergi dengan kecewa, bukan setakat itu sahaja, dari awal perjalan dia memotong bas yang aku naiki sehingga ke stesen bas tiada seorang pun menaiki basnya.Masyaallah..Inilah namaya REZEKI.

 APA YANG KITA PEROLEH DARI CERITA INI??

        Sekarang apa yang hendak kita ragui lagi,REZEKI ITU DARI ALLAH.Kalaulah ia semata-mata dari usaha kita sudah tentu pemandu bas ke-2 itu tadi beroleh penumpang lebih,sebab;

 1.Dia berjaya memotong dan melambatkan pemandu pertama dari basnya dipotong semula dengan berhenti di tengah jalan.
2.Dia pertama sampai di perhentian.
3.Pemandu bas pertama hanya meneruskan perjalanannya tampa ada tanda-tanda yang dia ingin berhenti di perhentian.

         Tapi semua ini cuma asbab dunia dan sebahagian yang di sebutkan tadi adalah ciri-ciri kedengkian yang yang amat dicela dalam islam.Maka mustahil kita beroleh REZEKI yang berkat melalui cara ini.Cara ini hanya bagi mereka yang penakut.Takut akan rezeki yang sikit,tamak dengan apa yang ada pada yang lain.

“Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96

      Benarlah firman Allah subhanawataala,rezeki itu datang kepada kita dengan yakin dan rasa takwa padanya dan ianya di cabut dari kita apabila melanggar tata cara yang Allah kehendaki ke atas kita sebagai hambanya.

Renung-renungkanlah wahai mereka yang PERCAYA....

       Kalau kisah seumpama ini pernah terjadi pada anda kongsikan bersama di ruangan comment..mungkin ramai yang akan lebih terkesan dengan pengalaman anda..^_^
     

    

Saturday, November 10, 2012

Persepsi kritikan


Bismillahirrahmanirrahim..

Insyaallah, kali ini terpanggil untuk mengulas sedikit berkenaan KRITIKAN.Ramai orang berniat baik dalam mengkritik namun mesejnya gagal untuk sampai pada yang dikritik.

Disebabkan kegagalan dalam memilih cara kritikan yang sesuai menyebabkan  yang kena kritik memberi respon negetif.

 Oleh itu mari bersama saya mengenali secara umum berkenaan ciri-ciri pengkritik dan keadaan yang dikritik.




Bila berkata mengenai kritikan..setiap seorang mempunyai cara masing-masing yang dia sangka lebih sesuai..

1.Ada jenis berterus terang.

2.Berlapik/bertapis iaitu tidak secara terang-terangan dengan mengunakan ayat lembut.
3.Ada yang mengkritik dengan membuat perbandingan dengan sahabat yang lain(Muqaranah)

4.Ada juga yang menggunakan bahasa sindiran tajam.

Namun setelah saya amati.masaalah bukanlah terletak pada bagaimana kita mengkritik tetapi siapa (orang) yang dikritik..

Siapa yang dikritik..???

Ia..siapa yang dikritik.., kerana dalam konsep dai'e sendiri, para dai'e ditarbiah untuk tidak mendekati mad'u dengan cara dai'e itu sendiri.Tetapi dengan cara madu'u agar dia merasakan kebersamaan dan persamaan.

"Abang dulu pernah juga merokok, tapi abang menyesal..takda faedah..tinggalkanlah"

Persaman-:pengalaman merokok

perbezaan-:abang sudah tidak merokok

                 -:madu'u masih lagi merokok

Konklusi-:Perokok(madu'u) juga mampu meninggalkannya seperti abang itu.

Jadi mari lihat orang yang hendak kita KRITIK;

1.Ada yang suka orang berterus terang padanya.Takda masalah dalam apa bentuk kritikan.Dia boleh terima.Mungkin kerna sudah biasa berhadapan dengan pelbagai ragam dan pengalaman.Hatinya kuat.

2.Mudah terasa dengan bahasa yang kasar.Tidak merasa itu kritikan yang membina.Mungkin kerana bi'ah kehidupannya duduk bersama orang mementingkan adab tatasusila.Mahu dinyatakan kesilapannya dengan cara yang paling baik sekali,mementingkan regard commonication atau respect communication iaitu berbicara secara terhormat.

3.Jika diberi terus menerus kritikan walaupun benar, dia akan down.Tetap memerlukan sedikit pujian untuk menaikkan dan menguatkan semangatnya.Padanya pujian bersama kritikan adalah gula dan garam yang melengkapkan rasa untuk lebih gigih.

Jadi sahabatku mari menilai orang yang hendak kita kritik..kritik berdasarkan dia bukan kita.

Tarbiah kita berbeza,cara hidup kita dahulu juga berbeza...

Hendak apa yang kita sampaikan itu berkesan..lihat baik-baik pada penerima..orangnya macam mana..??hmm ^^

Moga kita dapat amal dan sampaikan~~ <3 athsrun="athsrun" dari="dari" mustaied="mustaied" nbsp="nbsp">

Wednesday, November 7, 2012

Ubah suai



Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah setelah bersusah payah berjam-jam dalam mengubah suai konsep blog ni,akhirnya siap juga....fuhhhh..lega rasanya.Penat juga, mana lagi internet yang lemah betul-betul menguji kesabaran..heh.

Jadi inilah hasil dia, hijau menjadi pilihanku, tampak damai sahaja...walaupun masih ada beberapa benda yang masih aku kurang puas hati tapi takpa,kita buat sikit-sikit lepas ni tambah baiklah kan...^^.

Setelah mendengar video dari saudara Hilang Aashraf tadi jadi tambah semangat menulis, katanya tulis je apa-apa walaupun sedikit, bila dah jadi kebiasaan nanti takda masalah dah nak menulis panjang-panjang nanti.

Punya semangat sampai tengah malam sekarang ni, aku masih belum tidur lagi.Dan sekarang ni pula sdang mengatur ayat-ayat blog yang saudara saudari sedang tatap ini.

Insyaallah nantikan pengisian akan datang, pengalaman, pengembaraan, suka duka dan pelbagai kisah lagi bakal saya kongsikan.Namun kisah-kisah yang bakal saya kongsikan ini bukan cerita dongeng atau cerita komik mitos segala.Tetapi cerita yang mungkin pernah terjadi pada anda, cerita yang pasti dilalui setiap insan yang normal, dalam pada itu bagaimana kita memandang semua ini, dengan kaca mata apakah kita memerhati dan menilanya.

Biasa dengarkan kata-kata hukama' "Orang yang pandai adalah mereka yang belajar dari kesilapan mereka sendiri  namun orang yang benar-benar bijak pula adalah mereka yang belajar dari  kesilapan orang lain'.

Akhir kata, selamat berkenalan dan selamat belajar dari pengalaman...nantikan kemunculan pengisian yang seterusnya...ma'assalamah..