Saturday, January 4, 2014

Akhlaq Masriyin

Bismillahirrahmanirrahim

Inginku kongsikan hari ini perkara yang menyentuh aku..membawaku berfikir..

Tadi aku naik bas besar bersama kawan arabku Abdullah..2 kerusi paling depan kosong lantas sahabatku ini mengarahkan aku duduk dan dalam masa yang sama seorang makcik tua menaiki bas..Jadi Abdullah memberikan tempatnya kepada makcik tersebut.


Di hadapan asrama Abdullah


Tapi bukan kebaikan Abdullah yang aku mahu ceritakan.Semuanya bermula apabila kondaktor bas datang memungut duit dari macik tu..lantas macik tu mengangkat tangan memberi isyarat yang dia tiada duit..
Aku rasa kagum dengan kondaktor tu..tampa banyak soal terus dia ke pintu bas..
Langsung dia tidak persoalkan soalan yang mungkin ada dalam pemikiran kita.."kenapa naik kalau tiada duit.." atau "turun..turun..awak tak bayar" tapi dia senyap dan mula melaung "taba2..Taba2..!!" (Nama tempat bagi pasar malam di mesir).

Dalam otak pemikiranku "hebatnya Akhlaq orang arab"
Apa yang aku ceritakan baru satu dari berjuta kebaikan yang mereka lakukan betul-betul depan dua biji mata aku..

Semoga Allah menjadikan akhlaq mereka yang baik dapat kita ikuti kerana sumbernya sudah pasti bahawa akhlaq yang indah itu adalah dari ajaran Rasul kita yang tercinta..

(Dan tiadalah aku diutuskan kecuali untuk menyempurnakan AKHLAQ yang mulia..)

Ya Allah cantikkanlah Akhlaq kami..

Salam dari bumi sejuta menara  ^_^

No comments:

Post a Comment