Wednesday, July 31, 2013

Coretan buat Ummi

Ummi 




Walau seindah mana kalam ku ukir..memuji dan memuja pengorbanan kasihmu ibu..
Namun ku tahu ianya tidak mampu menyamai walau sedikit dari santunmu dalam berbicara..
Bagaimana pula ingin ku samakan dengan keperihanmu berpuluh tahun membesarkanku..

Ku tahu wahai ibu..
Perih hidupmu cuba kau sembunyikan..
kau dakap padu ia dihiasi dengan senyuman manis..
Lantas harapan demi harapan kau jadikan cici-cita anakmu..
Hingga kami percaya dan yakin walau menggapai bintang itupun tidak mustahil..

Ibuku..
Sesungguhnya Aku insan hari ini kerna didikanmu..
Aku tunduk pada yang esa hari ini kerna asuhanmu..
Bagaimana aku boleh melangkah kalau bukan ibu yang pernah memimpinku dahulu..
Tika mana aku meraba-raba dalam kejahilan diri kau suluhkan dengan ilmu cahaya..
kau buka hatiku mencintai khazanah yang mahal namun tidak akan dapat dicuri..

Hari-hariku yang indah tiada maknanya tanpamu..
walau secoret kisah mesti ku hikayatkan padamu..
Dan kutahu ibu adalah pendengar setia..
Untuk duka dan suka jiwaku ..

Sungguh inginku papar kehebatan sayangmu pada nukilan..
Namun masih sahaja bahasa ini gagal melontar hakikat..
Masih lagi bahasa tulisan ini kaku..
Tidak mengerti bagaimana hendak berbicara..

Maka pagi ini aku menghitung tarikh...cukuplah lelah harimu..
Biarkan aku kembali menjadi khadimmu..
Setelah cukup sekadarnya bekal yang ku bawa dari daerah asing ini..
Kembali untuk bermastautin di bumi bertuah..
Di kampung halaman yang indah..
Dengan janji dan amanah yang perlu ditunai..
Aku tidak pernah lupa...
Keluarga masyarakat dan agama..
Tuntutan curahan bakti yang ibu sentiasa pesankan..

TERIMA KASIH IBU...







Impak minda

Kalam ; Asal bahasa arab yang dimelayukan bermakna perbicaraan atau percakapan
Menggapai bintang itupun tidak mustahil ; Metafora 
Khadim ; Asal bahasa arab bermakna hamba atau yang memberi khidmat
Mastautin ; Tinggal tetap

Seandainya ada kesilapan tegurlah saya.. ^^ Syukran

Wednesday, July 17, 2013

Bersama keluarga angkat



  



 
Hari yang sungguh menggembirakan aku..duduk bersama mereka seperti duduk dengan keluarga sendiri.Mereka adalah keluarga angkatku..keluarga mesir.. 


Bila duduk di negara orang ni paling seronok sekali bila kita ada keluarga angkat, sama macam kat Malaysia sentiasa ada orang ambil perhatian dengan kita walaupun tak dapat dinafikan my mom is always the best ^^.



Sehari semalam aku duduk rumah sahabat baikku Hassan tempat bernama Khaiyatah. Lepas tu pada tengah harinya kami bersiap-siap untuk pergi rumah kakaknya pula.
Omar dan Mo'min


Raania itu nama kakaknya.Di anugerahkan 3 cahaya mata Omar, Mo’min dan Malak (perempuan).Omar dan Mo’min nie memang petah berbicara, aktif sungguh.Seronok main ngan budak-budak ni.Patutlah Hassan selalu cerita pasal dorang.

Si comel Malak
 


Kakak Hassan buat hidangan special hari nie.Udang masak tumis dan goreng .Rajin sungguh siap buat hiasan kat sayur lagi tu.”Tima kasih lah kakak Hassan, susah-susah syak”. Jarang keluarga arab nak masak benda ni kecuali untuk menyambut tetamu yang istimewa..Aku selalu juga berjalan ke rumah kawan-kawan arab yang lain tetapi layanan keluarga Hassan memang antara yang terbaik. 
 
Petangnya Syarif sampai, abang Hassan tawadhu’ orangnya tapi ilmu masyaallah.Kami dihidangkan minum petang bersama kueh batik!.Aku yang terkejut sebenarnya, tak sangka arab pandai buat kueh ni.Bukan apa, pergilah mana-mana kedai takkan jumpa punya.Sebab arab ni takdalah minat sangat dengan kueh mueh ni.Dorang lebik suka makan manisan. 

Alhamdulillah..bila duduk dalam suasana ni..rasa rindu pula nak berkumpul dengan keluarga kat malaysia..paling kurang sahabatku ni dah kongsikan kegembiraannya bersamaku.
 
Ziarah ini kami akhiri sebelum maghrib.Tak cukup dia hantar aku ke stesen siap bayarkan tambang lagi,kebaikan arab...smua orang dah faham.Senyum tawa ini tidak akan ku lupakan insyaallah. 



Kawan sejatiku

Tuesday, July 16, 2013

Salam ramadhan :::::: "Ramadhan harapanku"

Salam ramadhan buat sahabat-sahabat semua, pasti semua kita merindui bulan yang mulia ni kan.Bahkan ada diantara kita yang meletakkan ramadhan sebagai titik tolak kepada perubahan.


Baguslah bagi mereka yang meletakkan niat walau ada bisikan-bisikan yang cuba menafikan kemampuan kita kerna bila ada keazaman akan ada bantuan Allah selepas itu..


Ingatlah Allah tidak akan membiarkan kita bersndiri menghadapi dugaannya, dia sentiasa bersama kita.
Bahkan dia telah bekalkan kita alat perhubungan

 untuk kita terus mengadu kepadanya..

 merintih segala kelemahan..

 menyatakan segala kemahuan…

itulah dia DOA.



Jangan pernah berhenti dari mengangkat tangan kepadanya..pintalah dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.


Kita semua tahu kalau anak kecil meminta sesuatu dari ibunya berkali-kali dengan tangisan dan rengekan..adakah ibu itu tidak akan mempedulikan anaknya ?.Mustahilkan.. 
Walillahhi masalul a’la , sesungguhnya Allah itu lebih rahim dan sayang kepada hambanya lebih dari sayang seorang ibu kepada anaknya..masyaallah.  




Benar memang Allah begitu besar sayangnya kepada kita..betapa banyak dosa telah kita lakukan,tetapi masih lagi Allah memberikan nikmatnya pada kita.Berapa banyak dosa kita ,tetapi masih lagi Allah tutup dosa-doa ini dari pandangan keluarga kita dari kawan-kawan kita.Dosa-dosa ini seandainya terzahir pasti tiada siapa yang akan menghomati kita tiada siapa lagi mahu mendampingi kita..Ya Allah sayangnya Allah terhadap kita..


Jadi ramadhan ini adalah peluangnya.Sibukkan diri kita dengan beribadat.Panjangkan doa kita di setiap kali selepas solat.Panjangkan doa di dalam sujud dan banyakkan berdoa di akhir tahyat solat.

Kemudian usahakan untuk istiqamah kerna amalan walaupun sedikit tetapi berkekalan lebih baik dari banyak yang terputus..

Salam ramadhan dariku..


Impak minda
# Walillahhi masalul a’la ; Sebagai adab diucapkan ketika mana cuba mendatangkan contoh.Ayat bermakna ( bagi Allah contoh atau misal lebih tinggi lagi.)
# Antara tempat yang disunatkan untuk memanjankan doa ialah ketika sujud dan duduk tahyat akhir sebelum salam.
# Antara kunci maqbulnya doa ialah HUSNU ZHON iaitu bersangka baik dengan tuhan (secara tidak langsung ini memberi asas pemikiran positif ke arah apa yang diinginkan).