Wednesday, July 31, 2013

Coretan buat Ummi

Ummi 




Walau seindah mana kalam ku ukir..memuji dan memuja pengorbanan kasihmu ibu..
Namun ku tahu ianya tidak mampu menyamai walau sedikit dari santunmu dalam berbicara..
Bagaimana pula ingin ku samakan dengan keperihanmu berpuluh tahun membesarkanku..

Ku tahu wahai ibu..
Perih hidupmu cuba kau sembunyikan..
kau dakap padu ia dihiasi dengan senyuman manis..
Lantas harapan demi harapan kau jadikan cici-cita anakmu..
Hingga kami percaya dan yakin walau menggapai bintang itupun tidak mustahil..

Ibuku..
Sesungguhnya Aku insan hari ini kerna didikanmu..
Aku tunduk pada yang esa hari ini kerna asuhanmu..
Bagaimana aku boleh melangkah kalau bukan ibu yang pernah memimpinku dahulu..
Tika mana aku meraba-raba dalam kejahilan diri kau suluhkan dengan ilmu cahaya..
kau buka hatiku mencintai khazanah yang mahal namun tidak akan dapat dicuri..

Hari-hariku yang indah tiada maknanya tanpamu..
walau secoret kisah mesti ku hikayatkan padamu..
Dan kutahu ibu adalah pendengar setia..
Untuk duka dan suka jiwaku ..

Sungguh inginku papar kehebatan sayangmu pada nukilan..
Namun masih sahaja bahasa ini gagal melontar hakikat..
Masih lagi bahasa tulisan ini kaku..
Tidak mengerti bagaimana hendak berbicara..

Maka pagi ini aku menghitung tarikh...cukuplah lelah harimu..
Biarkan aku kembali menjadi khadimmu..
Setelah cukup sekadarnya bekal yang ku bawa dari daerah asing ini..
Kembali untuk bermastautin di bumi bertuah..
Di kampung halaman yang indah..
Dengan janji dan amanah yang perlu ditunai..
Aku tidak pernah lupa...
Keluarga masyarakat dan agama..
Tuntutan curahan bakti yang ibu sentiasa pesankan..

TERIMA KASIH IBU...







Impak minda

Kalam ; Asal bahasa arab yang dimelayukan bermakna perbicaraan atau percakapan
Menggapai bintang itupun tidak mustahil ; Metafora 
Khadim ; Asal bahasa arab bermakna hamba atau yang memberi khidmat
Mastautin ; Tinggal tetap

Seandainya ada kesilapan tegurlah saya.. ^^ Syukran

No comments:

Post a Comment