Salam ramadhan buat sahabat-sahabat semua, pasti semua kita
merindui bulan yang mulia ni kan.Bahkan ada diantara kita yang meletakkan
ramadhan sebagai titik tolak kepada perubahan.
Baguslah bagi mereka yang meletakkan niat walau ada
bisikan-bisikan yang cuba menafikan kemampuan kita kerna bila ada keazaman akan
ada bantuan Allah selepas itu..
Ingatlah Allah tidak akan membiarkan kita bersndiri
menghadapi dugaannya, dia sentiasa bersama kita.
Bahkan dia telah bekalkan kita
alat perhubungan
untuk kita terus mengadu kepadanya..
merintih segala
kelemahan..
menyatakan segala
kemahuan…
itulah dia DOA.
Jangan pernah berhenti dari mengangkat tangan
kepadanya..pintalah dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.
Kita semua tahu kalau anak kecil meminta sesuatu dari ibunya
berkali-kali dengan tangisan dan rengekan..adakah ibu itu tidak akan
mempedulikan anaknya ?.Mustahilkan..
Walillahhi masalul a’la , sesungguhnya
Allah itu lebih rahim dan sayang kepada hambanya lebih dari sayang seorang ibu
kepada anaknya..masyaallah.
Benar memang Allah begitu besar sayangnya kepada
kita..betapa banyak dosa telah kita lakukan,tetapi masih lagi Allah memberikan
nikmatnya pada kita.Berapa banyak dosa kita ,tetapi masih lagi Allah tutup
dosa-doa ini dari pandangan keluarga kita dari kawan-kawan kita.Dosa-dosa ini
seandainya terzahir pasti tiada siapa yang akan menghomati kita tiada siapa
lagi mahu mendampingi kita..Ya Allah sayangnya Allah terhadap kita..
Jadi ramadhan ini adalah peluangnya.Sibukkan diri kita
dengan beribadat.Panjangkan doa kita di setiap kali selepas solat.Panjangkan
doa di dalam sujud dan banyakkan berdoa di akhir tahyat solat.
Kemudian usahakan untuk istiqamah kerna amalan walaupun sedikit
tetapi berkekalan lebih baik dari banyak yang terputus..
Salam ramadhan dariku..
Impak minda
# Walillahhi masalul a’la ; Sebagai adab diucapkan ketika mana cuba mendatangkan contoh.Ayat bermakna ( bagi Allah contoh atau misal lebih tinggi lagi.)
# Antara tempat yang disunatkan untuk memanjankan doa ialah ketika sujud dan duduk tahyat akhir sebelum salam.
# Antara kunci maqbulnya doa ialah HUSNU ZHON iaitu bersangka baik dengan tuhan (secara tidak langsung ini memberi asas pemikiran positif ke arah apa yang diinginkan).
No comments:
Post a Comment